Walaupun usaha bersama diharapkan antara kedua pihak, terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh sekolah anda untuk menetapkan cara yang tepat  bagaimana anda dan ibu bapa pelajar anda berkomunikasi antara satu sama lain.

1. Tekankan bahawa ibu bapa penting di dalam proses pembelajaran

Terdapat banyak penyelidikan untuk membuktikan bahawa komunikasi yang konsisten bersama ibu bapa memberi manfaat kepada pelajar.

Pelajar, yang ibu bapa mereka mempunyai hubungan baik dengan sekolah telah menunjukkan:

  • peningkatan penyertaan kelas
  • gembira hadir ke sekolah
  • pemahaman pembelajaran dengan lebih baik
  • peningkatan prestasi akademik
  • mengurangkan tekanan berkaitan sekolah

Mendidik ibu bapa tentang kebaikan menjaga hubungan bersama guru dapat meletakkan asas komunikasi yang bersifat kolaboratif. Ini dapat membantu ibu bapa merasa selesa untuk berkongsi perihal anak mereka, dan ini akan membolehkan guru memahami keperluan pelajar mereka dengan lebih baik.

2. Perbaiki saluran komunikasi anda

Kemungkinan besar saluran komunikasi di sekolah anda menggunakan talian - melalui e-mel, teks, DM media sosial, laman web sekolah anda dan lain-lain. Tetapi adakah ia berkesan untuk anda? Tanyakan pada diri anda soalan berikut.

  • Adakah komunikasi anda berkesan? Adakah ia telus? Fikirkan sama ada anda mempunyai sistem untuk mengatur dan mengawasi komunikasi ibu bapa dan guru yang berlaku pada mesej peribadi (Whatsapp / Telegram).
  • Adakah anda mempunyai cara untuk menyebarkan maklumat seperti kalendar acara sekolah yang tidak mengganggu peti masuk ibu bapa?
  • Adakah saluran komunikasi anda selamat? Adakah anda berisiko untuk pelanggaran data semasa anda menghantar / menerima maklumat sensitif seperti maklumat anak-anak dan maklumat pembayaran melalui saluran tidak rasmi?
  • Adakah perlu untuk memperbaiki saluran  komunikasi ibu bapa dan sekolah agar lebih lancar dan selamat?

Teknologi yang canggih dan bemfokuskan sekolah anda sangat memberikan kemudahan untuk sekolah. Beberapa aplikasi komunikasi sekolah, seperti LittleLives, mengemaskini semua perbualan membenarkan struktur dan kelainan fungsinya (contoh: Fungsi pesanan peribadi, fungsi siaran hebahan dan fungsi kaji selidik).

3. Bersikap proaktif dan sentiasa memberikan maklumat terkini

Membina hubungan yang baik memerlukan masa dan konsistensi. Perjumpaan antara ibu bapa dan guru dua kali setahun tidak mencukupi. Ibu bapa mahu mengetahui perkembangan anak mereka berada di landasan yang betul dan mereka ingin mengetahui mengenai isu mengenai anak mereka secepat mungkin. Kemas kini yang konsisten mengenai aktiviti, kekuatan dan kelemahan anak- anak mereka serta penilaian pembelajaran akan membina kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah dan guru anda.

Ini adalah satu lagi bidang yang sekolah anda boleh memanfaatkannya secara digital. Sekiranya anda seorang guru dan kelas anda mempunyai kira-kira 20 pelajar, nota peribadi untuk setiap pelajar adalah beberapa kali seminggu, jika tidak setiap hari. Anda mungkin terasa seperti tugas lain sedang menumpuk di tambah dengan hari anda yang sudah sibuk. Oleh itu, sangat berbaloi untuk melabur dalam sistem yang membolehkan anda merakam pemerhatian dan juga penilaian kelas secara dalam talian dan mengemas kini ibu bapa secara automatik. Beberapa sistem pengurusan sekolah seperti LittleLives membolehkan guru memuat naik gambar, video, dan mata pelajaran yang dapat memberikan maklumat kepada ibu bapa di samping meringankan beban kerja guru.

Sekarang adalah masa yang tepat untuk memikirkan semula cara anda berkomunikasi bersama ibubapa. Kaji kaedah semasa anda, tentukan bidang yang perlu diperbaiki, dan yang paling penting, gunakan alat yang dibuat khusus untuk memudahkan komunikasi sekolah.


Sekiranya anda merupakan pengarang dalam industri pendidikan, dan anda menyukai artikel kami, hubungi kami di storytellers@littlelives.com. Kami mencari rakan kongsi dan gembira untuk melihat lebih banyak artikel mengenai pendidikan!